Assalamu'alaikum sahabat-sahabat.
Tiba-tiba terdetik dan terlintas di fikiran pula untuk berkongsi sikit mengenai tajuk di atas.
Rasulullah saw bersabda,
"Tiga perkara yang seriusnya dianggap benar-benar serius dan gurauannya pun di anggap serius: nikah, cerai dan rujuk"
Salah satu sebab kita disuruh berkahwin adalah untuk mengikat seseorang menjadi teman hidup kita bukan hanya untuk satu dua hari, tapi untuk seumur hidup. Disebabkan itu, kita perlu berhati-hati, teliti dan penuh pertimbangan dalam memilih calon pasangan hidup. Kalau tidak, terjadilah kes cerai, nusyuz, dayus dan sebagainya.
Tapi sayang, most of people nowadays, dalam memilih pasangan, mereka terlebih dahulu mengutamakan fizikal (handsome, tough, slim, cantik) dan juga pekerjaan (pangkat tiggi, gaji besar). Mata mereka dikaburi dengan semua ini, dan akhirnya berkahwin tanpa melihat latar belakang agamanya. Sedangkan, sesebuah perkahwinan atau rumahtangga yang terbaik adalah yang dibina atas landasan agama.
Sebenarnya saya sendiri pun masih single, belum berkahwin and of course belum ada pengalaman pun dalam bab perkahwinan ni. Tapi suka ingin saya kongsi, tips atau pun panduan dalam memilih calon suami bagi kita yang bergelar muslimah ni, peringatan untuk diri saya sendiri juga.
Berdasarkan pengetahuan dan pendapat saya sendiri, these are the criteria our future husband should have; ⇣⇣
1. Beragama Islam
Point yang pertama ini tiada tawar-menawar lagi, seorang muslimah harus memilih calon suami yang beragama Islam. Tapi dalam kes lain, sekiranya kita boleh menarik yang bukan beragama Islam untuk masuk Islam, isu ni kita bincangkan pada masa akan datang ya.
2. Mentaati Agama
Apabila sudah beragama Islam, haruslah pula mencari calon suami yang mentaati agamanya. Mentaati agama maksudnya di sini ialah melakukan setiap perintah Allah dan meninggalkan semua larangannya. Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, itu benda basic. Kalau benda basic pun tak buat, Allah, jauh sekali lelaki itu layak dijadikan suami.
3. Mempunyai Pemahaman Agama yang Baik
Ilmu agama juga adalah perkara yang tidak boleh ditawar lagi kerana peranan seorang suami adalah menjadi imam kepada keluarganya. Pastikan pilih suami yang ada pemahaman dalam agama kerana suami lah yang akan menjadi tempat rujukan atas segala kemusykilan.
4. Semangat Jihad yang Tinggi
Maksud semangat berjihad di sini ialah bagaimana masa hidupnya, dia akan berusaha menerapkan kehidupan yang islamik. Membimbing isteri, mendidik anak, mengamalkan cara hidup Islam, keadaan rumah dan keluarga sentiasa dalam biah solehah.
5. Menghormati Kedua Orang Tuanya
Calon suami yang baik ialah mereka yang sentiasa menghormati kedua orang tuanya. Mana mungkin seorang suami boleh membahagiakan isterinya kalau terhadap kedua orang tuanya pun dia boleh bersikap kurang ajar. Kita semua, sebagai anak, kita sedia maklum, sesungguhnya manusia pertama yang wajib diperlakukan dengan baik ialah orang tua yang telah membesarkan kita. Tengok dulu, adakah calon suami kita itu menghormati dan menyayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Seorang lelaki, apabila dia melayan ibunya dengan baik, inshaAllah pasti dia akan melayan isterinya juga dengan baik.
6. Berkeperibadian Lembut
Dengan memiliki sifat lemah lembut, suasana rumah akan sentiasa dalam keadaan yang aman. Percayalah, jika suami seorang yang sentiasa lembut dalam berkata-kata, dan juga tingkahlaku, isteri dan anak akan sentiasa berasa tenang dan bahagia, kerana suami tidak akan mudah berlaku kasar terhadap anak dan isterinya, kerana dia tahu yang benda tu bertentangan dengan agama.
Jadi, pada pandangan saya sendiri, 6 perkara di atas harus ada pada calon suami saya, Calon suami pilihan sahabat-sahabat pula macamana? Hee. Apa pun ciri yang kita tetapkan, pastikan ciri tu boleh kekalkan keharmonian rumahtangga sampai bila-bila. Jangan melihat pada faktor luaran semata-matam kerana yang diluar tidak menjanji yang dalamannya baik. Apa guna suami handsome tapi tak pandai menjaga hati isterinya, apa guna suami berjawatan besar tapi kedekut memberi wang belanja kepada isterinya. Kita muslimah ni, soal hati ni yang penting. Sebab hati kita lemah, rapuh, mudah terguris, tersinggung (sis tak kuat) Hehe.
Okeylah, semoga beroleh manfaat daripada perkongsian saya hari ini.
Assalamu'alaikum ♡♡
No comments:
Post a Comment