Saturday, 26 November 2016

Panduan Memilih Calon Suami

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat.
Tiba-tiba terdetik dan terlintas di fikiran pula untuk berkongsi sikit mengenai tajuk di atas.

Rasulullah saw bersabda,
"Tiga perkara yang seriusnya dianggap benar-benar serius dan gurauannya pun di anggap serius: nikah, cerai dan rujuk"

Salah satu sebab kita disuruh berkahwin adalah untuk mengikat seseorang menjadi teman hidup kita bukan hanya untuk satu dua hari, tapi untuk seumur hidup. Disebabkan itu, kita perlu berhati-hati, teliti dan penuh pertimbangan dalam memilih calon pasangan hidup. Kalau tidak, terjadilah kes cerai, nusyuz, dayus dan sebagainya.

Tapi sayang, most of people nowadays, dalam memilih pasangan, mereka terlebih dahulu mengutamakan fizikal (handsome, tough, slim, cantik) dan juga pekerjaan (pangkat tiggi, gaji besar). Mata mereka dikaburi dengan semua ini, dan akhirnya berkahwin tanpa melihat latar belakang agamanya. Sedangkan, sesebuah perkahwinan atau rumahtangga yang terbaik adalah yang dibina atas landasan agama.

Sebenarnya saya sendiri pun masih single, belum berkahwin and of course belum ada pengalaman pun dalam bab perkahwinan ni. Tapi suka ingin saya kongsi, tips atau pun panduan dalam memilih calon suami bagi kita yang bergelar muslimah ni, peringatan untuk diri saya sendiri juga.

Berdasarkan pengetahuan dan pendapat saya sendiri, these are the criteria our future husband should have; ⇣⇣

1. Beragama Islam
Point yang pertama ini tiada tawar-menawar lagi, seorang muslimah harus memilih calon suami yang beragama Islam. Tapi dalam kes lain, sekiranya kita boleh menarik yang bukan beragama Islam untuk masuk Islam, isu ni kita bincangkan pada masa akan datang ya.



2. Mentaati Agama
Apabila sudah beragama Islam, haruslah pula mencari calon suami yang mentaati agamanya. Mentaati agama maksudnya di sini ialah melakukan setiap perintah Allah dan meninggalkan semua larangannya. Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, itu benda basic. Kalau benda basic pun tak buat, Allah, jauh sekali lelaki itu layak dijadikan suami.


3. Mempunyai Pemahaman Agama yang Baik
Ilmu agama juga adalah perkara yang tidak boleh ditawar lagi kerana peranan seorang suami adalah menjadi imam kepada keluarganya. Pastikan pilih suami yang ada pemahaman dalam agama kerana suami lah yang akan menjadi tempat rujukan atas segala kemusykilan.


4. Semangat Jihad yang Tinggi
Maksud semangat berjihad di sini ialah bagaimana masa hidupnya, dia akan berusaha menerapkan kehidupan yang islamik. Membimbing isteri, mendidik anak, mengamalkan cara hidup Islam, keadaan rumah dan keluarga sentiasa dalam biah solehah. 



5. Menghormati Kedua Orang Tuanya
Calon suami yang baik ialah mereka yang sentiasa menghormati kedua orang tuanya. Mana mungkin seorang suami boleh membahagiakan isterinya kalau terhadap kedua orang tuanya pun dia boleh bersikap kurang ajar. Kita semua, sebagai anak, kita sedia maklum, sesungguhnya manusia pertama yang wajib diperlakukan dengan baik ialah orang tua yang telah membesarkan kita. Tengok dulu, adakah calon suami kita itu menghormati dan menyayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Seorang lelaki, apabila dia melayan ibunya dengan baik, inshaAllah pasti dia akan melayan isterinya juga dengan baik.


6. Berkeperibadian Lembut
Dengan memiliki sifat lemah lembut, suasana rumah akan sentiasa dalam keadaan yang aman. Percayalah, jika suami seorang yang sentiasa lembut dalam berkata-kata, dan juga tingkahlaku, isteri dan anak akan sentiasa berasa tenang dan bahagia, kerana suami tidak akan mudah berlaku kasar terhadap anak dan isterinya, kerana dia tahu yang benda tu bertentangan dengan agama.



Jadi, pada pandangan saya sendiri, 6 perkara di atas harus ada pada calon suami saya, Calon suami pilihan sahabat-sahabat pula macamana? Hee. Apa pun ciri yang kita tetapkan, pastikan ciri tu boleh kekalkan keharmonian rumahtangga sampai bila-bila. Jangan melihat pada faktor luaran semata-matam kerana yang diluar tidak menjanji yang dalamannya baik. Apa guna suami handsome tapi tak pandai menjaga hati isterinya, apa guna suami berjawatan besar tapi kedekut memberi wang belanja kepada isterinya. Kita muslimah ni, soal hati ni yang penting. Sebab hati kita lemah, rapuh, mudah terguris, tersinggung (sis tak kuat) Hehe.

Okeylah, semoga beroleh manfaat daripada perkongsian saya hari ini.

Assalamu'alaikum ♡♡

Thursday, 24 November 2016

Akibat Suka Tukar Produk Skincare 4

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat. InshaAllah ini penghujung kisah cerita saya mengenai tajuk Akibat Suka Tukar Produk Skincare tu.

Okey, straight to the point, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah! Sejak pakai ubat jerawat A.C. Control Nude Powder, SUISKIN, makan vitamin SURBEX, Bio C Plus, amalkan tidur awal di waktu malam, banyakkan minum air masak, alhamdulillah jerawat saya semakin pulih. Jerawat besar, nanah-nanah, dah mengecut, jerawat pasir kecil-kecil pun dah tak da. Hanya yang tinggal parut jerawat kehitaman dan pipi kemerahan sikit laa.

Bila saya fikir-fikir balik, ada baiknya beli produk yang dijual di farmasi, sebab, nama pun farmasi, of course lah dorang akan jual produk yang berunsurkan ubat, memulihkan, dermatology recommended. Kan? Daripada beli skincare local yang entah dari mana asal usulnya, re-brand dari negara luar dan sebagainya. Lagipun saya assume semua produk skincare local ni sama sahaja, cuma nama ja yang berberza-beza, Ikut pengasas lah kononnya.

Saya pun terdetik hati nak beli produk SUISKIN ni, mahal memanglah mahal, standard lah kan international punya brand mestilah mahal, sama juga Mary Kay. Mary Kay pun international brand, dan saya tak pernah dengar orang review yang tak baik pasal Mary Kay, means Mary Kay memang bagus lah, hanya mampu atau tak mampu beli ja. Hee.

Dipendekkan cerita, saya sudah pun memiliki beberapa produk SUISKIN. Tapi saya tak beli sekali tau, saya beli ansur-ansur, minggu ni beli cleanser, 2 minggu akan datang beli toner dan begitulah seterusnya. Kalau beli sekali memang besar kot bajet. Hehe. Ni produk yang ada di tangan saya sekarang.
Cleanser, 150ml, RM99.00

Toner, 150ml, RM128.00
Sunblock, 50ml, RM138.00
Termasuk yang ubat jerawat tadi lah, and guess what, saya beli ubat jerawat tu since May 2016, sekarang dah November 2016, masih ada separuh botol lagi. Jimat kan? One thing yang saya sangat suka dengan SUISKIN ni ialah dia sangat jimat, walaupun mahal, tapi dia berbaloi dengan isipadu di dalamnya, tak perlu beli berkali-kali macam produk-produk yang lain. Yang ni mungkin boleh tahan sampai 6 bulan ke atas. Hee. Superb kaan.

Teringin juga nak beli SUISKIN punya set whitening, tapi saya rasa saya dah tak mampu. Hanya yang basic ni ja yang termampu. Tapi from now on, saya dah ada prinsip, tak perlu lah nak putih bagai, apa yang penting adalah kulit sihat. Apa guna putih, tapi kulit tak sihat kan?

Okey, yang terakhir, apa yang saya nak kongsikan ialah, cara saya menjaga kulit selepas dari recovery, dan alhamdulillah kulit saya maintain sampai sekarang.

1. Kalau cuci muka, tak perlu terlampau berbuih, tak baik sebenarnya kalau terlampau berbuih.
2. Toner itu wajib! Everytime after facial wash. Bagi yang masih tak tahu, toner fungsinya untuk menutup pori-pori muka kita yang terbuka selepas kita mencuci muka. Kalau kita tak tutup pori muka kita, lepas tu kita terus pakai bedak atau pun biarkan begitu sahaja, what did you expect? Kat sanalah habuk, kuman, bacteria akan memenuhi pori-pori muka kita. Then, results in? Jerawat lahh
3. Moisturizer pun penting untuk mengekalkan kelembapan muka. Tapi saya tak pakai ya, sebab dah tak nak pakai lah hehe (read my previous entry)
4. Sunblock everytime you plan for outdoor activity, especially activites that exposed to sunlight.
5. Skrub muka at least seminggu sekali, untuk membersihkan muka kita ni, buang sel-sel mati, ganti sel baru. Untuk skrub ni saya pakai ↡↡
Starglow, 50g, RM38.00
6. Pakai mask, at least seminggu sekali juga. Saya beli kat Watson ja, yang penting, dermatology recommended. Hehe
Ludeya, harga something around RM6.00~RM7.00
7. Consume vitamin C. Tak kisah brand apa, tapi yang terbaik ialah yang dibeli di farmasi lah. Hehe. And better yang 1000mg terus, sehari sekali.

Okey, rasanya itu ja la yang saya amalkan. Alhamdulillah, bila amalkan semua benda di atas, kulit maintain. Tipu lah kalau satu jerawat pun tak naik kan. Naik juga, tapi kita kan ada ubat jerawat SUISKIN tu hee, sapu ja yang tu, inshaAllah esoknya sembuhlah jerawat tu. And apa yang penting, sepanjang tempoh saya diserang jerawat, saya tak pernah picit pun jerawat tu. Sebab saya tahu kalau saya picit, effectnya nanti muka berlubang-lubang. Jadi walaupun geram gila dengan jerawat tu, tahan ja lah nafsu nak picit tu. Hehe, mujahadah!

Okey untuk kata-kata saya yang terakhir, jangan berkira sangat nak belanja kan duit untuk benda-benda macam ni. Sebab penjagaan kulit ni bukan untuk kecantikan semata-mata, tapi untuk kesihatan juga. Penyakit kulit pun dah macam-macam sekarang kan, eczema, psoriasis dan sebagainya. Dan bagi saya, kesihatan yang zahir, luar, seperti kesihatan kulit ni lah yang menggambarkan bagaimana kita menjaga kesihatan dalaman kita. Bagi orang lain tak semestinya, tapi bagi saya, iya. Setiap pandangan orang berbeza kan? So jangan putus asa lah, inshaAllah ada juga tu penyelesaiannya. Dalam Islam pun kita di ajar, kebersihan separuh daripada iman. So kita kena jaga lah kebersihan muka, kaki, tangan dan lain-lain. Kebersihan tu bukan merujuk untuk kebersihan persekitaran saja, ia merangkumi semua aspek, dan mulakan dari yang paling asas dan utama, iaitu diri sendiri.

November 2016

Okey lah, itu ja la yang saya dapat kongsi. Semoga ada manfaatnya untuk sahabat-sahabat sekalian. Got to go now. 

Salam Jumaat.
 Assalamu'alaikum~♡♡

Tuesday, 22 November 2016

Akibat Suka Tukar Produk Skincare 3

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat.

Okey, kita sambung lagi cerita kita.

Sejak dari hari tu, memang saya totally stop pakai moisturizer, hanya pakai pencuci sahaja, sebab Cetaphil kan dia hanya ada cleanser and moisturizer ja. Tu yang tak best tu, toner apa semua tak da.

Lepas tu saya dah tak boleh tahan, saya rasa saya perlu jumpa doktor, dermatologist lah. Tapi what comes in my mind is, kalau pergi klinik kerajaan, of course berbulan lah kan tunggu appointment dia. Tapi kalau pergi klinik swasta pula, terpaksa sedia duit lebih sikit. Huhu. Memang keliru lah masa tu.

Akhirnya, dapat nasihat dari kakak saya sendiri,"apa kata kita pergi farmasi, at least kita boleh minta ubat/krim jerawat, and maybe you need to consume something like antibiotics untuk rawat dalaman". Saya pun setuju, yeah, I think we should give it a try.

Kami pun pergilah farmasi. Farmasi kan ada banyak, tapi Allah temukan kami dengan satu farmasi ni, Sunlight Pharmacy. Alhamdulillah layanan yang sangat baik, daripada pharmacist nya sampai lah ke pekerja nya, Saya pun ceritalah masalah saya. Then, tak lama pharmacist tu pun suggest kan satu ubat jerawat ni, A.C. Control Nude Powder, SUISKIN.
Produk ni dari Korea, and guess what, harga mestilah top top meletop kan. Sebotol ni 40ml, harga RM118.00. Ehemm memang shock lah masa tu. Tapi dia ada trial pack, so beli trial pack ja lah sebab takut nanti beli mahal-mahal, tapi tak berkesan atau tak sesuai dengan kulit.
Lepas tu pharmacist tu suggest lagi untuk rawat dalaman, instead of antibiotics, better makan vitamin, SURBEX Bio C Plus, yang ada biofalavanoid, bagus untuk kulit katanya. Harga sebotol RM40.00, ada 30 tablets.


So masa tu belilah apa yang termampu. Pharmacist tu bagilah nasihat sikit. antara nasihat dia;
1. Rajin tukar sarung bantal
2. Jangan suka sentuh muka sebab tangan kita tak selalunya bersih
3. Minum banyak air masak
4. Tidur awal sebelum pukul 11.00pm

Yang lain tu kita familiar kan, tapi yang tidur sebelum pukul 11.00pm tu agak new to me. Kita disarankan tidur sebelum pukul 11.00pm sebab masa tidur malam kita ni lah, kulit akan buat kerja dia, kulit kita nak berehat, tukar kulit dan sebagainya. Sebab tu kita kena tidur awal sebab kalau kita gemar tidur lewat, kulit kita tak dapat buat kerja dia dengan sempurna. Pharmacist tu memang yakin kan saya,"cuba you ubah gaya tidur you, tidur lebih awal, the best is before 11.00pm. You akan dapat rasa perubahannya".
Okey, saya akan cuba, seriously akan cuba walaupun saya sebenarnya tak suka tidur terlalu awal. Tapi demi untuk mendapatkan kulit yang sihat kembali, I will!

So setibanya di rumah malam tu, saya pun dengan semangatnya amalkan semua nasihat-nasihat di atas. First time pakai ubat jerawat tu, dapat rasa auranya lain macam hehe. Lepas tu makan vitamin, and start to go to sleep earlier than before.
Esoknya, bangun subuh, cuci muka, guess what, dapat rasa perubahannya, jerawat mengecut, jerawat nanah-nanah tu mengecut. Tapi masa tu tak nak happy sangat sebab tu baru first try kan, so saya cuba amalkan pakai ubat jerawat tu everyday, even pergi kerja pun saya pakai ⇓⇓


Lucu kan? Tak kisah lah apa orang nak cakap masa tu. Bila orang tanya saya jawab ja dengan jujur, ubat jerawat.

So nak tahu apa yang jadi lepas tu, berkesan atau tidak, tunggu ya, on the next post, saya janji next post will be the end of this story Hee.

See you.
Assalamu'alaikum ❤❤

Monday, 21 November 2016

Akibat Suka Tukar Produk Skincare 2

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat. Apa khabar hari ni?

Okey, I want to continue my story in my previous post yang pasal Akibat Suka Tukar Produk Skincare tuu.

Sampai mana dah? SAFI kan? Okey begitulah ceritanya, saya kembali lah pakai SAFI dengan harapan dapat recover balik kulit ni. Saya pakai SAFI Balqis White Trilogy.


Saya beli produk SAFI tu lengkap, dengan pencuci, skrub, toner, moisturizer and krim kecantikan. That time memang semangatlah nak jaga muka. Memang disiplin sebab nak baiki balik kulit muka ni kan. So far okey lah, jerawat still naik tapi ikut musim, kadang naik kadang tak. Tapi still rasa rimaslah sebab bila tengok cermin ada sesuatu yang mengganggu pemandangan di wajah ni cewahh, hehe.

Lebih kurang sebulan lebih pakai SAFI, dalam tempoh sebulan lebih tu lah juga sedang mencari-cari apa lagi produk yang bagus, hee, ni lah orang perempuan kan, memang tak akan puas. Hmm, dipendekkan cerita, saya tertarik dengan satu pencuci ni, Cetaphil.




Cetaphil ni memang agak famous, produk international ni, bila google review, Mat Salleh pun pakai. Dermatology Recommended kan. Baca review-review Malaysian pun semua positive feedback. So, apa lagi, pergilah beli dekat Watson. Hee.

Cetaphil ni sangat okey sebenarnya, bila lepas cuci muka rasa halus ja muka ni. Tapi yang tak berapa bestnya, dia hanya ada pencuci muka and moisturizer sahaja. So beli 2 benda tu ja lah, and dalam tempoh pakai Cetaphil ni, saya mula berjinak-jinak dengan dunia facial. First time pergi facial, memang rasa nikmat sangat, puas hati bila tengok whitehead, blackhead keluar. Lepas facial rasa flawless ja muka walaupun hakikatnya tak, sebab ada parut jerawat. Hee.

First facial
Jangan tanya mana jerawatnya, like I've said before in my previous post, jerawat tu tumbuh kat bahagian belakang, alhamdulillah tercover lah juga bila keluar rumah kan, tapi benda tu gatal tauu, siapalah yang tahan kan ☹

Lepas tu, dapatlah nasihat dari kakak facial tu, dia cakap kalau muka berjerawat tak digalakkan pakai moisturizer, sebab moisturizer tu salah satu punca jerawat merebak ke tempat lain. Alamak, I think what she said was very true. Sebab, sejak pakai moisturizer tu lah tiba-tiba esoknya pasti akan ada jerawat tumbuh kat tempat baru. Lepas dapat tahu info tu, I was like "eeee, no wonder laa!!"

Okey, still with the acne problems that not settle yet. Masa ni rasa nak putus asa pun ada. Dalam hati, mungkin memang sudah ditakdikan di umur aku 20-an ni, jerawat naik, mengganas, hormon terumbang-ambing. Mungkin lah. Sebab bila tengok kes orang lain, ada yang diserang jerawat di zaman persekolahan, memang teruk, jerawat batu, bernanah, kemerah-merahan, but they reached 20 and above, okey pula. Dah tak da jerawat, cuma yang tinggal parut ja lah. So I just assume that hormon dorang dah stop mengganas, dah selesai, and now its my turn to face what they have been through before this. Huhu, I feel you ~ ☹☹

Hmm, okeylah, to those who want to know what happen next, stay tuned until the next post okey? Saya tak boleh sambung terus, because I'm not that type yang suka menaip panjang-panjang. Hee, sorry, my bad ✌✌

Semoga Allah bagi kesempatan untuk saya berkongsi lagi cerita saya pada masa akan datang. Allahumma amiin.

Assalamu'alaikum ❤❤

Friday, 18 November 2016

Akibat Suka Tukar Produk Skincare

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat.

Lama dah nak kongsi pasal benda ni dengan semua orang, pengalaman pahit saya suatu ketika dahulu apabila saya sering bertukar-tukar produk skincare.

Kan sekarang, terlalu dan tersangat banyak produk skincare kat Malaysia ni, fenomena ni secara tiba-tiba kan. Jadi saya pun sebagai seorang perempuan, agak rambang mata lah dengan kemunculan produk-produk ni, kononnya putih seawal 3 hari, menghaluskan kulit, memudarkan jeragat dan sebagainya.

Ok, first skincare yang saya pakai ialah Dherb's
Kenapa saya pilih Dherb's dulu, sebab Dherb's ni antara produk skincare yang terawal keluar berbanding yang lain. Top lagi masa tu. Lepas tu harga dia pun boleh laa, mampu milik juga lah, tidaklah juga terlampau mahal macam certain produk yang lain tu.
Seperti gambar di atas, saya pernah pakai Juliet Beauty Soap tu sebagai pencuci muka and Krim Mutiara Gold. 
Juliet Beauty Soap tu bagi saya okey, dia tidaklah mendatangkan jerawat, tapi kulit macam nampak kusam, padahal dia cakap putih seawal 3 hari. Erkk. hehe. Bagi saya sabun dia okey sebenarnya, dia tidak merosakkan muka, tapi senang cakap dia tidak ada kesan lah. Hee.
Krim Mutiara Gold pula, saya pakai dia sebagai foundation, memang muka nampak glowing, putih, tapi sayangnya kulit nampak berminyak, bila sentuh, terasa minyaknya hee.

Lebih kurang 2 bulan pakai Dherb's, so I decided to try another product pula, misi mencari produk whitening ni hehe.

Seterusnya, saya terjumpa pula satu produk ni, Seaweed Whitening Cream


Seaweed Whitening Cream ni macam asalnya dari Sabah sebab most of the stokis semua orang Sabah. Ada pun yang dari semenanjung tapi tu hanya dropshipper. Means dorang ambil stock dari Sabah lah eh? Maybe. Jadi try la produk ni,belilah online, sebab ada perkataan whitening tu yang buat saya tertarik nak try.
Hari tu saya cuma ada try Sabun Kolagen, Day Cream & Night Cream ja. Sebab baru nak try kan.
Bila try, ermm, malangnya 2 3 hari selepas tu saya rasa muka saya start macam gatal-gatal. Lepas tu jerawat kecik-kecik naik, yang orang panggil jerawat pasir tu.


Perasaan masa ni ya Allah, gatalnya, lepas tu geramnya bila terasa ada bintik-bintik dekat muka. Tapi saya teruskan juga pakai produk tu dan akhirnya muka saya bertambah teruk ☹☹
Jerawat besar muncul, yang jenis bernanah tu. Tapi yang bernasib baiknya,jerawat tumbuh kat bahagian belakang. Bukan dekat bahagian depan pipi, dahi, dagu. Dia dekat belakang ja. Jadi masa tu kalau nak keluar rumah, boleh lah cover bila pakai tudung. Tapi serious memang kurang keyakinan diri and rasa macam nak marah-marah ja sepanjang masa. huhu ☹☹

Lepas tu saya pun decide to stop using that product and try to search other product yang mungkin boleh bantu untuk recover balik kulit saya. Sedangkan masih banyak lagi krim siang & malam tu, membazir ja ☹☹

Next, kawan sekerja suggest untuk try produk ni pula, Collagen Plus Vit E


Saya pun yang tengah dalam keadaan gelisah dengan keadaan kulit saya, tanpa berfikir panjang terus beli produk ni, sebab produk ni senang dapat kat kedai, tak perlu beli online pun, harga pun agak murah, sabun muka, krim siang & malam total semuanya kurang dari RM30.00. Ditambah lagi dengan testimoni dari kawan tu yang sememangnya kulit dia putih, licin, flawless. I was likee okeyy I tazabarr nak pakai produk ni huhu.
Bila pakai, so far so good, jerawat still ada tapi tak membiak subur macam dulu tu. Kiranya jerawat tu maintain lah, just perlu tunggu dia untuk surut dengan sendirinya.

But...

Within a week, tiba-tiba kawan sekerja tadi whatsapp,


Alamak, yang ni betul-betul buat saya takut. Dah la muka dah teruk, tak kan nak pakai lagi produk yang ada merkuri macam ni. Saya pun google review-review pasal produk ni, mostly cakap 

"produk ni memang ok, tapi kau akan nampak kesannya bila kau stop pakai"

"mungkin kau tak nampak kesannya sekarang, tapi kau tunggu kesannya pada masa akan datang"

Okey fine, saya terus STOP! The moment I stop, kulit muka masih lagi dalam keadaan teruk! How I wish I can turn back time, be my old self again. Don't need all these things ☹☹

Lepas tu saya pun buat keputusan, maybe I should wear SAFI again, sebab dulu lepas habis SPM, jerawat naik juga, tapi benda tu normal kan, kita baru nak menjadi dewasa, hormon tak stabil lagi, bila guna SAFI, alhamdulillah kulit jadi ok pula. Jadi bila teringatkan masa lalu, yes, I think I should wear SAFI again.

Sebenarnya, saya rasa tidak semua orang akan mengalami benda yang sama seperti saya. Sebab sesebuah produk tu akan dianggap berkesan apabila dia memang sesuai dengan kulit seseorang. Tapi bagi yang tak sesuai, memang negative la feedbacknya nanti. hehe. Macam saya, equationnya begini :

kerap tukar produk + produk tak sesuai dengan kulit = @#$%^&*!! (error) ☹☹

Okey, tamat cerita pasal SKINCARE.That was the end of skincare in my life. Will be continue on the next post, how and what did I do to recover back my skin. 

Assalamu'alaikum ♡♡

Wednesday, 16 November 2016

New Blog!

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat sekalian!

Ini blog baru saya. Actually I'm not new to this blogging world. But this is my new blog. Yes, I do have my own blog once upon a time. But I already deleted my previous blog, atas sebab blog lama terbiar lama sejak saya sambung pengajian di universiti ***** selama 3 tahun, so 3 tahun jugalah blog tu terbiar. Mungkin sebab kekangan masa sepanjang saya di universiti. So, say goodbye to old blog "Blog Si Stokin Kulit" hihi


Actually saya memang baru sahaja delete, few minutes ago. Baru delete sebab selama ni sebenarnya tak tahu cara nak delete, so macam biasa, ask  Mr Google laa hihi. Alhamdulillah dapat pun jalan penyelesaiannya.

And now, alhamdulillah saya sudah pun tamatkan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian *****. Buat masa sekarang, belum ada pekerjaan tetap, kerja juga tapi kerja biasa sahaja. Its okey, yang penting kerja yang halal, ada income setiap bulan, daripada duduk rumah jadi penganggur kan. InshaAllah masih dalam usaha untuk seek for a new job, for better future. Doakan ☺

Oklah, malas nak cerita panjang-panjang, next stories will be on the next post.
Apa-apa pun, I have my own reasons why I create this new blog, tak nak bagitau kat sini sebab kalau bagitau, tu bukan niat dah namanya. Niat ni hanya kita dengan Allah sahaja. Sebab kalau bagitau, takut jatuh kepada riak dan sebagainya. Apa pun, sentiasa betulkan niat ↡↡↡


Semoga apa jua urusan kita pada hari ini dipermudahkan Allah. Allahumma amiin ❤
Assalamu'alaikum.