Friday, 2 December 2016

Berpagi-pagian Mencari Rezeki

Rasulullah saw bersabda,

"berpagi-pagilah di dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu ada keberkatan dan merupakan kejayaan"

"wahai anakku, bangunlah dan hadapkanlah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau tergolong dalam kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar sehingga terbit matahari"


Tiada larangan yang menjatuhkan hukum tidur selepas subuh itu adalah haram, tapi hadis di atas jelas yang hukum tidur selepas subuh adalah makruh, benda tu boleh dibuat, tapi Allah tidak suka. Sebab waktu selepas subuh ni lah Allah turunkan rezeki, buka kan pintu rezeki. Tapi kalau kita tidur, macam mana kita nak dapat rezeki tu kan. Umpamanya, orang kaya yang ada duit berjuta-juta, datang nak bagi sedekah dengan kita, tapi kita pula tutup pintu rumah, jadi macam mana orang kaya tu nak bagi kita, dia pun tak tahu ada orang ka tidak dalam rumah tu. Maka, jadilah kita orang yang rugi ☹☹ 

Mesti nenek, mak, pernah pesan, "jangan tidur lepas subuh, nanti rezeki tak masuk, nanti rezeki dipatuk ayam, nanti rezeki dipatuk ular" dan macam-macam lagi lah. Tapi tu semua sebenarnya membawa maksud yang sama. Tak kisahlah macam mana perumpamaan yang dipakai, tapi the point is still the same. Benda yang nak disampaikan tu semuanya sama.

Cuba kita tengok contoh, orang-orang yang buat bisnes lah especially, jual barang, awal pagi, masa dia tengok syok tidur lepas subuh, boleh jadi pagi tu ada orang tengah nak beli barang dia. Orang-orang yang buat bisnes sewa kereta, boleh jadi awal pagi tu ada orang sedang dalam keadaan urgent perlukan kereta. Orang-orang yang buat bisnes bekam, boleh jadi awal pagi tu ada orang yang betul-betul tengah sakit. Rezeki yang sepatutnya menjadi rezeki kita, yang Allah nak bagi kita, tak jadi! Sebab, bila di contact, tak da respon, sebab kita tengah tidur kan. So what did you expect? Of course lah orang-orang ni akan pergi cari orang lain pula. Jadilah kita seperti pepatah melayu, rezeki diambil orang lain. Allah. Kita pun try muhasabah diri, tak pa bukan rezeki aku, padahal, kita yang menolak rezeki tu, adehh. Hehe

Sama juga dengan yang ada kedai. Ada kedai yang buka awal pukul 7.00am, ada yang lewat pukul 10.00am. Of course lah kedai yang buka lebih awal akan untung kan. Lebih-lebih lagi kalau dia lah satu-satunya kedai yang buka awal, di situ lah Allah nak bagi nampak yang Allah akan bagi rezeki pada mereka yang berpagi-pagian.

Bagi yang bekerja dengan majikan, company atau penjawat awam, kita ada masa bekerja yang sudah ditetapkan kan, datang office pukul 8.00am, pulang pukul 5.00pm. Mungkin kita tiada masalah dalam berpagi-pagian, tapi mesti kita juga tertanya-tanya, "aku setiap hari berpagi-pagian, sebab working hours start pukul 8.00am, tak da masa nak tidur selepas subuh, tapi gaji tetap sama ja, basic RM1200.00, jadi di mana buktinya aku akan dapat rezeki lebih ni?"
Bagi yang pernah terfikir macam ni, fahami balik, rezeki itu maksudnya luas. Bukan wang ringgit semata-mata. Mungkin gaji kita hanya macam tu ja, tapi check balik, kita jarang ditimpa sakit, jarang ada masalah, hubungan dengan keluarga dan kawan-kawan sentiasa dalam keadaan yang baik, dan sebagainya. Semua tu juga adalah salah satu bentuk rezeki yang Allah bagi. Percayalah, Allah sentiasa berlaku adil dengan makhluknya, cuma dari kita sahaja, yang berkehendak atau tidak, kalau nak, kita usaha, kalau tak, tak usaha, buat apa Allah nak bagi kan.

Jadi, berbalik kepada isu tidur selepas subuh ni, sebaiknya, selepas saja waktu Subuh, kita terus bangun, buat persediaan untuk menjalani kehidupan untuk hari tersebut. Adalah lebih baik buat solat sunat Dhuha terus. Kadang tabiat orang kita ni, dia memang amalkan solat Dhuha, sebab dia tahu, solat Dhuha ni untuk murah rezeki, tapi dia tidur dulu lepas subuh, lepas tu bangun, barulah buat solat Dhuha. Bagi saya sikap macam ni, umpamanya tadi kita tidur, kita tolak rezeki yang Allah nak bagi, sekarang bila kita dah bangun, kita buat solat Dhuha, umpamanya kita nak minta balik rezeki tu. Alamak, malu kan dengan Allah. huhu

Saya akui saya bukanlah orang yang hebat dalam mengamalkan sunnah. Saya berkongsi mengenai tajuk ini, bukanlah bermaksud saya ni seorang yang tidak pernah langsung tidur selepas subuh. Saya pun manusia biasa, iman turun dan naik. Kadang kita cuba untuk berubah, benda tu memang senang, tapi yang susahnya adalah ISTIQAMAH. Jadi, perkongsian kali ini hanya sebagai peringatan untuk kita semua, masing-masing kita cuba memperbaiki diri kita dari semasa ke semasa. Yang penting, jangan pernah putus asa.

Selamat malam. Assalamu'alaikum ~ ❤❤

Saturday, 26 November 2016

Panduan Memilih Calon Suami

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat.
Tiba-tiba terdetik dan terlintas di fikiran pula untuk berkongsi sikit mengenai tajuk di atas.

Rasulullah saw bersabda,
"Tiga perkara yang seriusnya dianggap benar-benar serius dan gurauannya pun di anggap serius: nikah, cerai dan rujuk"

Salah satu sebab kita disuruh berkahwin adalah untuk mengikat seseorang menjadi teman hidup kita bukan hanya untuk satu dua hari, tapi untuk seumur hidup. Disebabkan itu, kita perlu berhati-hati, teliti dan penuh pertimbangan dalam memilih calon pasangan hidup. Kalau tidak, terjadilah kes cerai, nusyuz, dayus dan sebagainya.

Tapi sayang, most of people nowadays, dalam memilih pasangan, mereka terlebih dahulu mengutamakan fizikal (handsome, tough, slim, cantik) dan juga pekerjaan (pangkat tiggi, gaji besar). Mata mereka dikaburi dengan semua ini, dan akhirnya berkahwin tanpa melihat latar belakang agamanya. Sedangkan, sesebuah perkahwinan atau rumahtangga yang terbaik adalah yang dibina atas landasan agama.

Sebenarnya saya sendiri pun masih single, belum berkahwin and of course belum ada pengalaman pun dalam bab perkahwinan ni. Tapi suka ingin saya kongsi, tips atau pun panduan dalam memilih calon suami bagi kita yang bergelar muslimah ni, peringatan untuk diri saya sendiri juga.

Berdasarkan pengetahuan dan pendapat saya sendiri, these are the criteria our future husband should have; ⇣⇣

1. Beragama Islam
Point yang pertama ini tiada tawar-menawar lagi, seorang muslimah harus memilih calon suami yang beragama Islam. Tapi dalam kes lain, sekiranya kita boleh menarik yang bukan beragama Islam untuk masuk Islam, isu ni kita bincangkan pada masa akan datang ya.



2. Mentaati Agama
Apabila sudah beragama Islam, haruslah pula mencari calon suami yang mentaati agamanya. Mentaati agama maksudnya di sini ialah melakukan setiap perintah Allah dan meninggalkan semua larangannya. Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, itu benda basic. Kalau benda basic pun tak buat, Allah, jauh sekali lelaki itu layak dijadikan suami.


3. Mempunyai Pemahaman Agama yang Baik
Ilmu agama juga adalah perkara yang tidak boleh ditawar lagi kerana peranan seorang suami adalah menjadi imam kepada keluarganya. Pastikan pilih suami yang ada pemahaman dalam agama kerana suami lah yang akan menjadi tempat rujukan atas segala kemusykilan.


4. Semangat Jihad yang Tinggi
Maksud semangat berjihad di sini ialah bagaimana masa hidupnya, dia akan berusaha menerapkan kehidupan yang islamik. Membimbing isteri, mendidik anak, mengamalkan cara hidup Islam, keadaan rumah dan keluarga sentiasa dalam biah solehah. 



5. Menghormati Kedua Orang Tuanya
Calon suami yang baik ialah mereka yang sentiasa menghormati kedua orang tuanya. Mana mungkin seorang suami boleh membahagiakan isterinya kalau terhadap kedua orang tuanya pun dia boleh bersikap kurang ajar. Kita semua, sebagai anak, kita sedia maklum, sesungguhnya manusia pertama yang wajib diperlakukan dengan baik ialah orang tua yang telah membesarkan kita. Tengok dulu, adakah calon suami kita itu menghormati dan menyayangi kedua orang tuanya, terutama ibunya. Seorang lelaki, apabila dia melayan ibunya dengan baik, inshaAllah pasti dia akan melayan isterinya juga dengan baik.


6. Berkeperibadian Lembut
Dengan memiliki sifat lemah lembut, suasana rumah akan sentiasa dalam keadaan yang aman. Percayalah, jika suami seorang yang sentiasa lembut dalam berkata-kata, dan juga tingkahlaku, isteri dan anak akan sentiasa berasa tenang dan bahagia, kerana suami tidak akan mudah berlaku kasar terhadap anak dan isterinya, kerana dia tahu yang benda tu bertentangan dengan agama.



Jadi, pada pandangan saya sendiri, 6 perkara di atas harus ada pada calon suami saya, Calon suami pilihan sahabat-sahabat pula macamana? Hee. Apa pun ciri yang kita tetapkan, pastikan ciri tu boleh kekalkan keharmonian rumahtangga sampai bila-bila. Jangan melihat pada faktor luaran semata-matam kerana yang diluar tidak menjanji yang dalamannya baik. Apa guna suami handsome tapi tak pandai menjaga hati isterinya, apa guna suami berjawatan besar tapi kedekut memberi wang belanja kepada isterinya. Kita muslimah ni, soal hati ni yang penting. Sebab hati kita lemah, rapuh, mudah terguris, tersinggung (sis tak kuat) Hehe.

Okeylah, semoga beroleh manfaat daripada perkongsian saya hari ini.

Assalamu'alaikum ♡♡

Thursday, 24 November 2016

Akibat Suka Tukar Produk Skincare 4

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat. InshaAllah ini penghujung kisah cerita saya mengenai tajuk Akibat Suka Tukar Produk Skincare tu.

Okey, straight to the point, Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah! Sejak pakai ubat jerawat A.C. Control Nude Powder, SUISKIN, makan vitamin SURBEX, Bio C Plus, amalkan tidur awal di waktu malam, banyakkan minum air masak, alhamdulillah jerawat saya semakin pulih. Jerawat besar, nanah-nanah, dah mengecut, jerawat pasir kecil-kecil pun dah tak da. Hanya yang tinggal parut jerawat kehitaman dan pipi kemerahan sikit laa.

Bila saya fikir-fikir balik, ada baiknya beli produk yang dijual di farmasi, sebab, nama pun farmasi, of course lah dorang akan jual produk yang berunsurkan ubat, memulihkan, dermatology recommended. Kan? Daripada beli skincare local yang entah dari mana asal usulnya, re-brand dari negara luar dan sebagainya. Lagipun saya assume semua produk skincare local ni sama sahaja, cuma nama ja yang berberza-beza, Ikut pengasas lah kononnya.

Saya pun terdetik hati nak beli produk SUISKIN ni, mahal memanglah mahal, standard lah kan international punya brand mestilah mahal, sama juga Mary Kay. Mary Kay pun international brand, dan saya tak pernah dengar orang review yang tak baik pasal Mary Kay, means Mary Kay memang bagus lah, hanya mampu atau tak mampu beli ja. Hee.

Dipendekkan cerita, saya sudah pun memiliki beberapa produk SUISKIN. Tapi saya tak beli sekali tau, saya beli ansur-ansur, minggu ni beli cleanser, 2 minggu akan datang beli toner dan begitulah seterusnya. Kalau beli sekali memang besar kot bajet. Hehe. Ni produk yang ada di tangan saya sekarang.
Cleanser, 150ml, RM99.00

Toner, 150ml, RM128.00
Sunblock, 50ml, RM138.00
Termasuk yang ubat jerawat tadi lah, and guess what, saya beli ubat jerawat tu since May 2016, sekarang dah November 2016, masih ada separuh botol lagi. Jimat kan? One thing yang saya sangat suka dengan SUISKIN ni ialah dia sangat jimat, walaupun mahal, tapi dia berbaloi dengan isipadu di dalamnya, tak perlu beli berkali-kali macam produk-produk yang lain. Yang ni mungkin boleh tahan sampai 6 bulan ke atas. Hee. Superb kaan.

Teringin juga nak beli SUISKIN punya set whitening, tapi saya rasa saya dah tak mampu. Hanya yang basic ni ja yang termampu. Tapi from now on, saya dah ada prinsip, tak perlu lah nak putih bagai, apa yang penting adalah kulit sihat. Apa guna putih, tapi kulit tak sihat kan?

Okey, yang terakhir, apa yang saya nak kongsikan ialah, cara saya menjaga kulit selepas dari recovery, dan alhamdulillah kulit saya maintain sampai sekarang.

1. Kalau cuci muka, tak perlu terlampau berbuih, tak baik sebenarnya kalau terlampau berbuih.
2. Toner itu wajib! Everytime after facial wash. Bagi yang masih tak tahu, toner fungsinya untuk menutup pori-pori muka kita yang terbuka selepas kita mencuci muka. Kalau kita tak tutup pori muka kita, lepas tu kita terus pakai bedak atau pun biarkan begitu sahaja, what did you expect? Kat sanalah habuk, kuman, bacteria akan memenuhi pori-pori muka kita. Then, results in? Jerawat lahh
3. Moisturizer pun penting untuk mengekalkan kelembapan muka. Tapi saya tak pakai ya, sebab dah tak nak pakai lah hehe (read my previous entry)
4. Sunblock everytime you plan for outdoor activity, especially activites that exposed to sunlight.
5. Skrub muka at least seminggu sekali, untuk membersihkan muka kita ni, buang sel-sel mati, ganti sel baru. Untuk skrub ni saya pakai ↡↡
Starglow, 50g, RM38.00
6. Pakai mask, at least seminggu sekali juga. Saya beli kat Watson ja, yang penting, dermatology recommended. Hehe
Ludeya, harga something around RM6.00~RM7.00
7. Consume vitamin C. Tak kisah brand apa, tapi yang terbaik ialah yang dibeli di farmasi lah. Hehe. And better yang 1000mg terus, sehari sekali.

Okey, rasanya itu ja la yang saya amalkan. Alhamdulillah, bila amalkan semua benda di atas, kulit maintain. Tipu lah kalau satu jerawat pun tak naik kan. Naik juga, tapi kita kan ada ubat jerawat SUISKIN tu hee, sapu ja yang tu, inshaAllah esoknya sembuhlah jerawat tu. And apa yang penting, sepanjang tempoh saya diserang jerawat, saya tak pernah picit pun jerawat tu. Sebab saya tahu kalau saya picit, effectnya nanti muka berlubang-lubang. Jadi walaupun geram gila dengan jerawat tu, tahan ja lah nafsu nak picit tu. Hehe, mujahadah!

Okey untuk kata-kata saya yang terakhir, jangan berkira sangat nak belanja kan duit untuk benda-benda macam ni. Sebab penjagaan kulit ni bukan untuk kecantikan semata-mata, tapi untuk kesihatan juga. Penyakit kulit pun dah macam-macam sekarang kan, eczema, psoriasis dan sebagainya. Dan bagi saya, kesihatan yang zahir, luar, seperti kesihatan kulit ni lah yang menggambarkan bagaimana kita menjaga kesihatan dalaman kita. Bagi orang lain tak semestinya, tapi bagi saya, iya. Setiap pandangan orang berbeza kan? So jangan putus asa lah, inshaAllah ada juga tu penyelesaiannya. Dalam Islam pun kita di ajar, kebersihan separuh daripada iman. So kita kena jaga lah kebersihan muka, kaki, tangan dan lain-lain. Kebersihan tu bukan merujuk untuk kebersihan persekitaran saja, ia merangkumi semua aspek, dan mulakan dari yang paling asas dan utama, iaitu diri sendiri.

November 2016

Okey lah, itu ja la yang saya dapat kongsi. Semoga ada manfaatnya untuk sahabat-sahabat sekalian. Got to go now. 

Salam Jumaat.
 Assalamu'alaikum~♡♡